Gosip dan Kontroversi Hiburan
15 Foto intim Izreen Azminda & Amar Baharin paling romantik
Inilah 15 foto intim Izreen Azminda & Amar Baharin yang paling romantik sebelum aktres jelita itu mengambil keputusan untuk memadam kesemua gambar Amar dari laman Instagram bagi mengelakkan lebih ramai dilukai dan disakiti.
Menurut Izreen, dia mengambil keputusan memadamkan semua gambar bersama Amar sebagai salah satu cara menghentikan spekulasi.
"Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami.
"Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia, pintanya.
"Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami.
"Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia, pintanya.
Tengok TV Online
Gadis 15 tahun mengaku rebah beberapa kali dengan Doktor muda
Ampang: Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelum memujuk mangsa mengadakan hubungan s#ks.
Doktor lelaki berusia 20-an itu dikesan menggunakan laman sosial Weechat untuk berkenalan dengan mangsa sebelum diajak pulang ke rumahnya bagi melakukan s#ks.
Suspek dikesan menjadikan kediaman kondominium miliknya di Pandan Indah, di sini, sebagai lokasi untuk melakukan temu janji asmara.
Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru, suspek dikatakan berkenalan dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melalui laman sosial Wechat awal Oktober lalu.
Menurutnya, remaja perempuan yang masih bersekolah dan berasal dari Terengganu itu kemudian diajak melakukan temujanji beberapa kali oleh suspek.
“Mangsa dikatakan ‘cair’ dan terpikat dengan suspek yang bijak bermain kata-kata cinta. Malah, mangsa akhirnya mengikut suspek ke kondominium didiami sebelum melakukan hubungan s#ks.
“Mangsa hanya pulang ke rumah keesokan harinya selepas bermalam di rumah lelaki terbabit. Tindakan mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu bapanya gusar sebelum menyoal siasat punca kegagalannya pulang ke rumah,” katanya.
Dia berkata, mangsa akhirnya mengaku beberapa kali melakukan hubungan s#ks dengan doktor muda terbabit.
“Susulan itu mangsa dibawa ke Balai Polis Ampang, di sini, untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan doktor pernah melakukan hubungan kelamin,” katanya.
Menurutnya, susulan itu, polis memberkas doktor terbabit sebelum ditahan reman enam hari bermula Khamis lalu.
“Polis turut melakukan pemeriksaan di kediaman suspek sebelum menemui bukti menunjukkan suspek turut menjalin hubungan dengan ramai wanita lain yang turut dibawa pulang ke rumahnya.
“Siasatan mendapati suspek sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi,” katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai bijak memikat gadis dengan kata-kata manis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.