Gosip dan Kontroversi Hiburan
4 Foto kekasih baru Mila Jirin AF5
Penyanyi kecil molek Mila Jirin mengakui mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solo pada tahun hadapan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.
"InsyaAllah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya," ujar Mila seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.
Pelantun lagu "Aku Lebih Tahu" ini dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih yang sudah dikenalinya sejak berusia 18 tahun dan jejaka bernama Isz itu merupakan pengurusnya sendiri.
Walaubagaimanapun Mila mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai identiti kekasihnya itu.
"Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan, saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan."
Penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan dia masih belum membuat persiapan perkahwinan kerana perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu seperti melancarkan lagu dan klip video terbaru.
Bercerita tentang perkenalannya dengan kekasih, Mila yang mula bertudung pada bulan Ramadan lalu memberitahu dia mengenali jejaka tersebut sebelum bergelar penyanyi dan mula serius selepas kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan mereka - Portal Tupai