Diberdayakan oleh Blogger.

Berita Gempar Ini Bakal Memalukan Najib


Addin

Berita Gempar Ini Bakal Memalukan Najib


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.

"Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Maslan berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir.

"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita.

Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam. ~malaysian insider



Iklan B (ii)









 

Contact Us

Nama

Email *

Pesan *

Label