Ibnu Hasyim
Ibnu Hasyim IJN (3): T/Kasih Dr Mujahid, Cikgu Ishak, Cik Gu Yusuf &...
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
SELEPAS bypass surgery atau pembedahan pintasan di IJN, aku tersadai dikatilnya. Tidur bangun, tidur bangun, entah berapa lama aku pun tak tahu. Tak pernah nampak matahari pun.
Tiba-tiba masuk seorang pegawai keselamatan IJN bertanya saya, "Ada seorang Ahli Parlimen nak jumpa, boleh?"
Saya bersetuju. Dari jauh nampak Dr Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar bersama seorang kawan lama saya Saudara Jamaludin Abdul Rahman juga dari Parit Buntar datang menziarah saya. Syukur, Al-hamdulillah, betapa gembiranya saya, kerana mereka orang pertama selepas pembedahan yang ziarah saya, di saat saya masih dalam keadaan separuh sedar.
Dr Mujahid, ramai yang dah kenal, tetapi Saudara Jamaludin adalah kawan saya lama. Kami menyokong perjuangan PAS semasa PAS terpukul teruk sejak awal tahun 80an lagi. Penyokong dan pendukung setia yang tidak pernah berbelah bagi, dulu, kini dan selamanya, walaupun tiada jawatan apa-apa dalam parti. Kami termasuk orang awal yang menyebarkan keset-keset ceramah PAS di seluruh negara. Waktu itu PAS tiada ruang langsung untuk sebarkan media.
Kejayaan media keset membantu kejayaan revolusi Iran 1979, menjadi ilham kepada kami untuk menggempur masyarakat Malaysia dengan ceramah-ceramah PAS. Kami bergerak sepenuh masa, ke seluruh negara, mengiringi penceramah PAS. Jual keset PAS menjadi sumber pendapatan kami waktu itu.
Antara penceramah yang diminati ialah Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, Abdul Hadi Awang, Mohd Sabu dan ramai lagi.
Ahmad Boestamam
Selepas Dr Mujahid/Jamaludin, masuk pula Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi Mat Jam, kerana peraturan di situ cuma dua orang boleh melawat dalam satu masa. Mereka sampaikan salam dari Naib Presiden PAS Salahudin Ayub kepada saya. Wa'alaikumus Salam.
Tarmizi, pengarang Harakah, ramai sudah tahu.
Cikgu Ishak, orang lama yang tidak pernah berganjak perjuangannya melawan kezaliman politik pemerintah. Angkatan seperjuangannya dengan Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Al-Helmi. Kini masih kuat dan memimpin PAS Kawasan Batu.
Dan ramai lagi rakan yang ziarah saya seperti Tuan Junuh, Shukri, Bai, Mat Shubhi, Adnan, Shahabudin, Zul Lazim dari Pulau Pinang dan lainnnya.
Terakhir melawat saya pada waktu melawat terbuka ialah rombongan PAS Kawasan Titiwangsa, kira-kira waktu hampir Magrib. Mereka membawa sedikit sumbangan.
Cikcu Yusuf, Saudara Hidhir dan beberapa lagi termasuk seorang muslimat. Cikcu Yusuf, dan Saudara Hidhir ialah orang lama PAS yang masih berupaya meneruskan perjuangan dalam PAS. Syabas kepada mereka.
Juga turut hadir bersama imam Hoslan Hussain yang pernah dijatuhkan hukuman penjara setahun, atas kesalahan melemparkan seliparnya ke arah panel hakim, dalam pembicaraan kes BERSIH.
"Terima kasih, kerana membuat laporan berita saya hari tu.." kata Imam Hoslan kepada saya.
Begitu juga saya, ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua penziarah-penziarah saya samada yang datang sendiri atau melalui pesan, pembantu-pembantu dari sudut kewangan dan kaum keluarga saya samada jauh atau dekat.
Maaf, gambar-gambar yang saya paparkan di sini, bukan gambar semasa berziarah, atau semasa saya sakit. Kerana orang lain yang mengambil gambar saya, pada saya tiada gambar-gambar itu buat masa ini.
Semasa saya menulis maklumat ini, saya masih batuk-batuk sakit dan kesan-kesan jahit pada kaki dan dada masih belum sembuh sempurna lagi. Walaupun begitu, semasa saya berjalan saya terkejut, kerana saya sudah mampu berjalan betul dan tidak tempang lagi. Semoga, penyakit yang sudah saya hadapi bertahun-tahun sudah sembuh kembali. Al-hamdulillah!
Oh ya, ada ramai yang bertanya kos perubatan saya itu. Untuk rawatan sahkan penyakit peringkat awal di hospital pertama kosnya kira-kira RM5,000, dan proses penbedahan AJN kira-kira RM45,000. Jadi jumlahnya kira-kira RM50,000 secara kasar belum diperincikan.
Saya bukanlah orang yang kaya, bahkan kalau diperincikan betul-betul, saya termasuk dalam asnaf lapan, orang yang berhak menerima zakat. Wallahu 'aklam.
Lihat sebelum ini..
Ibnu Hasyim Masuk IJN (1): Cucuku Cubitku.. Ibnu Hasyim IJN (2): Kembara Di Alam Fantasi.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
17 Nov 2014 KL
NO Tel: 0142225865
Dr Mujahid

Imam Hoslan Hussain