Gosip dan Kontroversi Hiburan
5 Foto aksi manja dan romantik Elfira Loy & Baim Wong
Pastinya Wak Doyok adalah orang yang paling kecewa melihat kemesraan yang terjalin di antara Elfira Loy dan Baim Wong ini. Apa tidaknya, Baim Wong telah menjemput Elfira Loy untuk menjadi peneman dirinya ketika menghadiri majlis perkahwinan Raffi Ahmad.
Satu ketika dahulu, Baim Wong pernah secara bergurau membuat pengakuan yang mereka sebenarnya memang bercinta. Adakah dengan kemesraan terbaru ini membuktikan yang gurauan itu palsu dan mereka sebenarnya memang mencintai antara satu sama lain?
Sekiranya anda seperti Wak Doyok yang ada menyimpan perasaan terhadap si comel ini, penjelasan Elfira Loy ini pastinya melegakan jiwa anda. Elfira memaklumkan yang dirinya tak gemar bercinta dan hanya mahu terus berkahwin. Bukan senang nak cari gadis seumpama ini di zaman moden. Kata Elfira menerusi Berita Harian:-
"Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya. Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.
Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM. Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana.
Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.
Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka. Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir."
Menariknya Baim Wong menerusi laporan media Indonesia memaklumkan yang Elfira Loy adalah kekasihnya. Hmmmmm. Adakah Baim Wong bergurau sekali lagi? Atau Elfira Loy malu-malu kucing mahu mengakui percintaan mereka? Apa pun, kalau dah tertulis jodoh, pasti akan berkahwin juga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.

Sumber artikel : Beautifulnara