Ibnu Hasyim
Ibnu Hasyim IJN (2): Kembara Di Alam Fantasi.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
TIGA injab saloran di jantungku tersumbat. Aku perlukan 'Pembedahan Pintasan' atau disebut 'Bypass Surgery'. Pembedahan ini akan memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung.
Ia melibatkan penggantian dari salur darah jantung tersumbat, dengan salor darah dari kaki atau lengan yang dipindahkan ke situ. Bypass bagi laluan asal saluran darah ke jantung.
Bayangkan jalan biasa dah tersumbat, terpaksa buat satu jalan baru untuk ke jantung. Jadi kena ambil urat kaki saya sendiri, buat satu jalan baru ke jantung. Ini yang akan dilakukan pada diri saya, tiga saloran baru akan dibuat bagi menggantikan tiga saloran lama, dalam beberapa jam sahaja. Saya setuju.
Akhirnya, saya disorong masuk ke bilik bedah di IJN atau Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, hingga di situ yang saya ingat. Lainnya tak ingat lagi. Tetapi saya ingin ceritakan pengalaman yang saya lalui selepas dikeluarkan dari bililk ini, dalam keadaan separuh sedar. Itupun sekadar apa yang ada dalam ingatan saya, setakat ini.
Beberapa pesakit seperti saya, yang saya temui selepas selesai berlaku pembedahan tesebut, saya bertanya, "Setujukah kamu kalau saya katakan, kita baru lepas mengembara ke sebuah alam fantasi?"
"Ya, betul. Aku terasa bagaikan berada di dunia baru." Jawab seorang pesakit dari Felda Bera; yang berada di sebelah bilik katilku, sebelum aku keluar berangkat pulang, mendahuluinya.
"Kita bagaikan disihir dengan dadah yang tidak disalahgunakan. Aku lebih lagi, kerana aku rasa ada lembaga yang menghimpit kiri kananku, membuat sakit hingga kini." Tambahnya, yang melihat alam fantasi, atau alam peralihan separuh sedar itu dari sudutnya sendiri.
Pengalamanku melihat alam fantasi ini agak lain darinya.
Mula-mula aku sedar, aku berada di atas katil dalam sebuah bilik lengkap alat pemantau kesihatanku, didepannya ada seorang wanita muda yang melayaniku. Aku tersedar kerana terdengar terngiang-ngiang di telingaku kata seorang wanita, "Pakcik ini tadi ada beberapa wanita menelefonnya."
Kata-kata ini membuat aku jadi berang, membuatku bersikap negatif buta tuli, mengapa mereka menfitnah aku begini, siapa mereka? Pandangan negatif atau sangka buruk ini berterusan.
Apalagi, bila ku lihat pemandangan di depan aku ini dari sudut yang buruk. Banyak bilik-bilik bertentangan bilikku itu kelihatan samar-samar, dijagai oleh perempuan-perempuan muda, cantik, berunifom biru.. Bagaikan gerai-gerai pelacur menunggu pelanggan di beberapa bandar luar negara. Sehingga ku bertanya, "Di mana kita sekarang?"
Ku tak sangka aku cakap gaya Indonesia. Kerana aku menyangka aku seperti berada di Indonesia. Setelah dijelaskan aku di IJN KL, aku pun terdiam dan tertidur.
Bila bangun, ku menjalani peraturan di situ, ku merasa beberapa perkara kewajipan ku sebelum ini tidak dapat dilaksanakan. Antaranya..
Satu:
Dalam suasana alam fantasi tidak sedar itu, aku tanya bilik air, pekerja itu jawab tiada. Kerana pesakit sudah diberi ubat 'tidak buang air besar' beberapa hari. Buang air kecil disalorkan kepada kantung di katil. Kerana kami sentiasa terbaring dikatil, soal mengambil wudhu menjadi masalah, bagi badan yang sentiasa tidak bersih itu. Kerana itu solat kami terabai, walaupun tiap waktu azan dari 'Surau Jumaat' IJN tetap bergema.
Dua:
Dalam proses pemulihan pembedahan tersebut, hukum 'aurat' nampaknya tidak diambil berat. Antara pekerja dengan pesakit, dalam pergaulan, menyentuh 'bab-bab sulit' dan lain-lain.
Walaupun begitu, mungkin tiada hukuman larangan dari segi syariah kepada mereka yang masih dalam peralihan 'separuh sedar' itu. Tetapi kepada pemimpin atau perancang gagasan besar hospital itu, perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira.
Begitu, kisah pengalaman yang saya lalui, dalam keadaan separuh sedar. Sudah tentu, ini bukan seperti kisah di surah Al-Kahfi dalam Al-Qurqan. Kisah beberapa pemuda ditidurkan di dalam gua bertahun-tahun dan dibangunkan dalam keadaan pemikiran sedar 100%, walaupun di suasana berlainan, atau masa yang jauh berbeda.
Yang jelas di sini pesakit di IJN ini dibius atau guna dadah yang tidak di'salah guna'kan. Saya tiada pengalaman langsung dalam menggunakan dadah atau arak se umur hidup saya. Saya pernah tanya kawan saya yang kali pertama hisap ganja di kampung dulu, apa katanya?
"Bila aku kena ganja, mula-mula aku naik basikal, aku kayuh paling laju dan kawan-kawan yang melihat memang laju sungguh. Tetapi aku merasa paling perlahan, sehingga aku berhenti mengayuhnya, aku turun dari basikal itu dan menyorongnya dengan berjalan kaki." Itu baru penangan dadah yang kecil membuat pemikiran tidak siuman lagi.
Satu lagi, semasa aku kecil-kecil dulu, aku dibesarkan disebuah kampung nelayan Kampung Keling Telok Bahang Pulau Pinang. Iaitu, kira-kira tahun 1960an. Waktu itu berlaku 'konfrantasi' antara Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman dengan Indonesia di bawah pimpinan Suekarno. Ramai rakyat Indonesia yang lari ke Malaysia secara gelap menyeberang Selat Melaka tanpa izin melalui laut.
Suatu hari, aku bersama sekumpulan anak muda disebuah rumah kosong tepi laut kampungku itu, mereka sedang mengisap ganja. Tiba-tiba tampil beberapa lelaki 'orang hanyut' dari Indonesia seperti disebutkan. Dengan pakaian compang-camping berserabai, hanyut di laut tanpa makanan, merayu kepada anak-anak muda itu, "Tolonglah beri sedikit makanan, kami hanyut di laut sudah berminggu-minggu tidak makan. Tolonglah, kami lapar!"
Anak-muda yang tadinya gembira dilamun fantasi ganja, tiba-tiba bertukar menjadi sedih, sayu, hampir menangis, bila mendengar rayuan lelaki hanyut tadi. Suasana sepi, langsung tiada suara berkutik. Mereka sedih simpati tapi tidak berbuat apa-apa. Beberapa kali orang itu merayu, tetapi mereka hanya simpati tidak berbuat apa-apa. Apabila orang itu pergi, mereka gembira kembali.
Itu juga penangan ganja, atau dadah pencetus alam fantasi!
Bersambung.
Lihat sebelum ini..
Ibnu Hasyim Masuk IJN (1): Cucuku Cubitku..
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
15 Nov 2014 KL